Tuesday, December 28, 2010

Sabar..sabar..sabar

Assalamualaikum wbt...


Sabar..sabar..sabar..

Senang cakap, tapi, tak senang buat..


"Kalau anak dah nakal sangat, ibu mana boleh sabar??"


"Dah lebih 20 kali saya ajar dia membaca, tapi masih tak ingat-ingat lagi..Siapa boleh sabar??"


"Bila saya cakap, ada saje jawapannya..Macam mana saya nak sabar?"


Begitulah keluhan segelintir ibubapa apabila mengadu tentang masalah anak-anak. Kerenah anak-anak yang bermacam-macam ragam adakalanya memang menguji tahap kesabaran. Saya yakin, semua orang yang bergelar ibubapa, "faham benar" tentang situasi ini.


Kadang-kadang kita rasa,


Apabila kita mula meninggikan suara kepada anak kita, dia akan ikut cakap kita.


Apabila kita mula guna rotan dan suara yang keras, baru anak kita akan bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.


Tapi, sedarkah kita..


Apabila kita menjerit, menengking, membebel, memaki, memerli dan menggunakan kekerasan kepada anak kita,


kesan jangka pendek; dia mungkin akan ikut cakap kita.


Tetapi, untuk kesan jangka panjang; dia akan hilang rasa hormat pada kita, dia akan mula bercakap kepada kita dengan cara yang kasar, dia akan menjauhkan diri daripada kita


(kerana takut dimarahi atau rasa diri tidak disayangi) dan kemuncaknya..dibimbangi, dia akan membenci kita seumur hidupnya (nau'zubillahiminzaalik)


Sahabat-sahabatku yang mulia,


Sabar tidak beerti kita diam membatu melihat anak kita melakukan kesalahan. Sabar adalah satu sifat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada orang-orang beriman supaya mereka boleh menahan gelojak perasaaan daripada marah, atau mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain.


InsyaAllah, apabila kita ada sifat sabar, Allah swt akan berikan ilham kepada kita bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan penuh hikmah.


Atas maksud itu, marilah sama-sama kita lupakan kemarahan kepada anak-anak kita. Gantikan kemarahan itu dengan KESABARAN. Sesungguhnya Allah swt bersama-sama dengan orang yang sabar. Dan Allah swt telah janji dalam surah Al-Asr bahawa orang yang tidak rugi (yakni orang yang beruntung) ialah orang yang berpesan-pesan dengan KESABARAN.


Mari renungkan janji-janji Allah swt untuk orang yang bersabar dan menahan marahnya. Semoga ia dapat meningkatkan keghairahan kita untuk menjadi ibubapa yang SABAR


Fadhilat Sabar


Dari Aisyah r.aha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang berlaku lemah lembut kepada ahli keluarganya, kelembutan itu akan memberi manfaat kepada ahli keluarganya. (Sebaliknya) Barangsiapa yang tidak berlemah lembut dengan ahli keluarganya, mudharat dan keburukan akan sampai kepadanya. (HR Baihaqi)


Dari Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: " Tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang disukai oleh Allah daripada satu tegukan marah. Dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.(HR Ahmad)


Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa menelan kemarahannya, sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak, Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai. (HR Abu Daud)


Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa menutup mulutnya, Allah akan menutup keburukannya, dan barangsiapa menelan kemarahannya, maka Allah akan menghindarkan dirinya dari azab. Dan barangsiapa menyesali daripada dosa-dosanya dan memohon ampun kepada Allah, maka Allaha kan menerima pengampunannya." ( HR Baihaki)


Source : anakku soleh



Muhasabah untuk diri sendiri apabila menangani kerenah anak-anak di dunia yang serba moden ini


Sunday, December 19, 2010

Mari Riadah Bersama Saya..

Assalamualaikum wbt...


Let's go to the park and play football...

This is where Fizan's favourite spot every weekend...


The landmarks surrounding the padang area...

Let's see what he's doing in here..


Thursday, December 16, 2010

Something..

Assalamualaikum wbt...


 

Lama sungguh tak mengupdate blog nih..insyaallah by next week maybe leh berciter skit..

Lots of pics to upload in here...so tunggu la yer...

Friday, October 29, 2010

All about him

Assalamualaikum wbt..

This entry is all about my hero..here some pics of him..

Writing…

and writing....

Writing again…


And more writing…

A nerdy inside of me..ngeee


Friday, October 22, 2010

Semua Anak dilahirkan Genius

Assalamualaikum wbt..

Tahukah sahabat-sahabat bahawa anak-anak kita adalah sememangnya pandai. Bukan setakat pandai, malah mereka adalah genius. Tidak kiralah samada mereka cemerlang atau tidak di dalam peperiksaan, inilah hakikat yang harus kita terima:

"Semua anak dilahirkan GENIUS"

Maha besarnya kuasa Allah swt yang telah melahirkan semua anak dengan kebijaksanaan. Ya, SEMUA….Semua anak! Tidak kiralah, mak ayah nya genius atau pun tidak, setiap anak yang lahir ke muka bumi ini, Allah swt telah anugerahkan dengan genius yang tersendiri.

Ada anak, Allah swt telah berikan dia ke-genius-an dalam membaca dan menulis. Maka, anak-anak seperti ini, jika diberikan buku dan dinilai dengan kertas peperiksaan, insyaAllah berjaya. Oleh sebab, memang genius nya terdapat dalam bidang tersebut.

Ada pula anak yang Allah swt telah berikan dia ke-genius-an dalam nombor. Maka, anak-anak seperti ini, jika disuruh jawab beratus-ratus soalan matematik sekalipun, pejam mata pun dah boleh score

Ada pula anak yang Allah swt berikan dia ke-genius-an dalam bidang yang melibatkan aktiviti fizikal, seperti sukan, mekanik dan memasak. Untuk anak seperti ini, mereka tidak boleh belajar dengan hanya membaca. Mereka akan lebih cepat belajar dengan cara melakukan sesuatu (learn by doing atau disebut sebagai hands on learning). Jika disuruh membaca mungkin mereka tak mahu, tetapi, jika disuruh bersukan, dialah nombor satu!

Maka dengan itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa, untuk mengenalpasti, apakah jenis genius yang ada dalam diri anak-anak kita. Kerana setiap anak dilahirkan dengan genius yang berbeza, meskipun mereka lahir daripada ibubapa yang sama.

Selepas kita dapat mengenalpasti apakah jenis genius anak kita, maka bermulalah proses pemeliharaan genius tadi dengan "mengeluarkan", "membina"dan "menjana" ke-genius-an yang telah dijadikan oleh Allah swt dalam diri anak-anak kita.

Oleh sebab, setiap genius adalah berbeza, maka proses "pemeliharaan" setiap genius juga adalah berbeza.

Anak yang genius dalam membaca dan menulis boleh belajar ber-jam-jam dengan membaca sahaja. Tetapi, bagi anak-anak yang genius secara fizikal, jika disuruh duduk membaca buku sahaja (tanpa sebarang aktiviti atau pergerakan) dia akan cepat bosan. Kerana dia bukan genius dalam bidang membaca, tetapi dia genius apabila dapat melakukan pergerakan.

Sistem penilaian sekolah kita pada hari ini hanya menghargai mereka yang genius dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Seandainya, anak kita tidak termasuk dalam genius di bahagian ini, kita seharusnya memberikan sokongan yang padu kepada bidang geniusnya, dengan melibatkan dia dengan seberapa banyak aktiviti yang dapat membina dan menjana genius yang telah ada dalam dirinya.

Apabila anak-anak disokong untuk belajar dalam bidang yang disukainya, maka dia sendiri akan menemui genius yang ada dalam diri mereka, dan insyaAllah, mereka akan berjaya.

Adalah sangat penting untuk kita memastikan anak kita terus aktif dalam bidang yang disukainya , kerana jati diri @ self-esteem anak kita akan terus bertahan dan kuat selagi mana dia berusaha untuk memantapkan genius yang ada dalam dirinya.

Pokoknya, kita sebagai ibubapa seharusnya BERSYUKUR dengan apa sahaja bentuk genius yang Allah swt telah anugerahkan kepada anak-anak kita. Hargailah genius yang mereka ada dan gunakanlah genius tersebut untuk menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah

Source : http://anakkusoleh.com



Sunday, October 17, 2010

Milestone

Assalaualaikum wbt..

Another new milestone..he 's now can standing-up on his carseat..dunno how's he doing it??

Thursday, October 14, 2010

Birthday Bash part III

Assalamualaikum wbt..

Date : 4th October 2010

Time : lunch hour

Venue : Prod Dept meeting room

Our 3rd batch birthday celebration cum Hari Raya feast..a zillion thanks to the organizer and colleagues for their supports and delicious menus…

The cake..I forgot its name..from Secret Recipe

Close up..macam tak clear jek

The foodilicious from them…

hmm..pic of my signature dish takde lak..

My favorite…spaghetti Bolognese from Zety Hazar..bila leh makan lg nih..

And..other pics during that day

This post is specially dedicated to Kak Hamidah Mohamad..as you'll be leaving to perform Hajj..we wish you..

" Selamat pergi & selamat pulang..semoga mendapat Haji yang mabrur…dah jangan lupa doakan kami di sini "

p/s : wish kena dalam BM…baru

menusuk ke kalbu =)

us..


Thank you my dear friends...I really enjoyed all the precious moments with you guyz and you will always in my heart...

Saturday, October 9, 2010

Train your little one

Assalamualaikum wbt..

30 cara latih si kecil

Ingin tahu bagaimana melatih si kecil dengan cara yang mudah melalui 30 idea yang merangkumi kraf, muzik dan lukisan. Mudah untuk anda, mudah untuk si kecil! Pasti anda dan si kecil 'sibuk' sepanjang hari.

1.Kemas baju
Ambil pakaian yang hendak dibasuh dan sebutkan warnanya. Kemudian biarkan dia memasukkan pakaian itu ke dalam bakul pakaian untuk dibasuh. .

2. Mewarna
Beri si kecil air, kertas lukisan dan berus. Dan biarkan dia 'cat' mengikut kreativitinya.

3. Main pasir
Letak sedikit pasir dalam bekas dan masukkan mainan kecil yang disembunyikan di dalamnya. Berikan penyeduk pasir kecil untuk dia mulakan pencarian 'harta karun' itu.

4. Permainan adunan.
Ambil tepung dan air. Biarkan si kecil anda menggaul adunan itu dengan senduk kayu. Buatkan adunan itu menjadi bebola kecil. Pengalaman yang menakjubkannya!

5. Pilih dan cari
Guna gula-gula yang berwarna-warni dan letakkan dalam mangkuk. Si kecil akan mengasingkan gula-gula mengikut warna dalam bekas yang berlainan.

6. Laman web
Cari laman web yang mempunyai karakter yang menjadi kegemaran si kecil. Pastikan laman web itu berwarna-warni dan mempunyai melodi.

7. Bersihkan
Biarkan dia membasuh set pinggan plastiknya. Berikan span dan bekas yang dipenuhi buih sabun untuk dia membasuh. Dia akan merasa dirinya dihargai.

8. Anak patung kecil
Keluarkan anak patung mainan lamanya. Sudah lama dia tidak bermain dengan mainan itu dan sudah pasti diakan menyukai mainan lamanya itu.

9. Menari dan membaca
Dapatkan buku yang mempunyai CD. Setelah si kecil seronok melihat gambar yang berwarna-warni dalam buku, dia akan menari mengikut rentak muzik dalam CD itu.

10. Teka barang mainan
Bungkus beberapa barang mainan kesukaannya. Biarkan dia membukanya untuk meneka mainan itu. Jangan guna terlalu banyak pelekat. Biarkan dia membuka dengan mudah pembalut itu.

11. Album gambar
Guna buku nota dan beberapa gambar anda, suami dan keluarga. Bantu anak anda untuk menampal gambar itu dan sementara itu tanya, adakah dia mengenali orang dalam gambar itu.

12. Main buih
Tiup buih sabun. Anda boleh membuat buih sabun ketika si kecil mandi dengan sampu dan mandian badannya.

13. Ikut saya
Biarkan si kecil anda mengikut anda- melompat, menari, berjalan dengan pantas dan duduk. Kemudian anda pula mengikut pergerakannya.

14. Permainan muzik
Mainkan muzik, kemudian beritahu dia perlu duduk dengan cepat apabila muzik berhenti. Pasti si kecil suka!

15. Buat peti surat
Guna bekas bijirin lama dan cat warna merah untuk buat peti surat. Potong kertas untuk membuat sampul surat dan setem untuk dia poskan ke dalam peti surat buatan itu. Dia akan berasa bangga apabila diberi tanggungjawab

19. Rakam aksinya
Rakam aksinya. Kemudian tunjukkan kepadanya aksi-aksinya yang mencuit hati. Pasti dia akan gembira melihat rakaman aksi spontannya.

20. Ke taman permainan
Bawa bola dan anak patung bersama. Anda dan si kecil pasti seronok bermain bersama dengan udara pagi yang segar.

21. Kentang bercorak
Potong kentang beberapa keling dan bentuk beberapa saiz dan corak pada kentang. Biarkan si kecil menyapu pewarna air dan menampalkan di atas kertas lukisan. Lihat dia berjaya melakukannya!

22. Buat kolaj
Kanak-kanak suka menampal. Gunakan kertas warna-warni, kapas dan kain untuk ditampal.

23. Kuih tat
Si kecil pasti suka membuat gulungan pastri apabila membuat kuih tat.

24. Permainan pasta
Berikan dia pasta, contohnya spageti yang kering, mangkuk dan bekas minum plastik. Biarkan dia asyik bermain dengannya!

25. Minum petang
Sediakan kain dan buatkan makanan untuk si kecil minum petang. 'Jemput' sekali anak patung kesayangannya 'minum' bersama-sama.

26. Alam semula jadi
Biarkan dia keluar di sekitar rumah. Berikan bakul untuk dia kumpul daun dan bunga.

27. Lampu isyarat
Anda adalah polis dan si kecil adalah kereta. Apabila anda berkata, 'merah', dia akan berhenti. Dan apabila 'hijau', dia akan bergerak.

28. Cerita lucu
Ceritakan suatu kisah lucu. Dan anda ketawa. Pasti si kecil akan turut ketawa sama.

29. Khemah
Susun kerusi dan letakkan kain di atas kerusi itu seakan khemah. Biarkan dia berimaginasi seketika.

30. 'Kilang' ais krim
Letakkan satu skop ais krim warna krim dalam mangkuk. Kemudian biarkan dia pilih ais krim berwarna untuk diletakkan pada bahagian atasnya sebagai hiasan.


Hmm..will try to practice this with Fizan…then..let's see the outcome..

Source : Pa&Ma

Thursday, October 7, 2010

Birthday Bash III part 1

Assalamualaikum wbt..

I really love this pic..sayang cik Suzana kita takde..gambo lain blur..nanti akan upload lagi…

Terengganu Darul Iman

Assalamualaikum wbt..

A wordless entry of last 2 weeks activity..we were attending my hubby's friend wedding ceremony at Marang, Terengganu..enjoy watching!!

Kalo ikut LPT kan tak terasa macam naik roller-coaster

@ the bridegroom's house..they were preparing the hantaran..

The newly-wed couple

@ KT – Masjid Kristal, Losong,


Wednesday, October 6, 2010

Eid ‘ul Fitri

Assalamualaikum wbt..

I am soo sorry..it have been almost end of Syawal that only now I can posted some pics during Hari Raya.

This year, we were celebrating 1st Syawal @ my hometown..hehe..Shah Alam..then we rushed back to Kg Sawah, Negeri Sembilan on the evening.

Not much pics actually since I've left my make-up pouch at my home..huhu..

Soo..sepanjang raya kedua sampai raya kelima tanpa make-up..takde la amik gambar..nanti terserlah kecomotannya..haha

Green theme..my choice..

Granddaddy and Grandmommy

Them..

All of us


Sunday, September 26, 2010

Dilemma..

Assalamualaikum wbt..

I have received 2 good news on last week,

I have been offered position of Safety and Environmental Officer from KPJ Selangor and an Auditor from Sime Darby Plantation.

Both company have their own pros and cons..which one do I need to choose??


If I choose KPJ :

1. Dekat dari rumah..no toll..no traffic jam…lunch hour boleh balik rumah..
2. They provide nursery for my boy..


If I choose Sime Darby :

1. Segala2 nya claimable..haha…

Yang mana satu yer…????


Tuesday, September 7, 2010

Eid ‘ul Fitri..


Assalamualaikum wbt..

This post is specially dedicated to all of you..



Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga

Moga lebaran kali ini membawa seribu erti dah rahmat kepada kalian


Salam sayang,

Sharifah Sharina

Wednesday, August 11, 2010

Birthday part II

Assalamualikum wbt..

It's a week before puasa..we were celebrating our colleagues birthday..

Location : Production Meeting Room

A special thanx to our HR, Kak Midah for sponsoring our lunch

Nasi Ayam Penyet






whoopppss..I have accidently spoilt the cake











Tuesday, August 10, 2010

Fadhilat Solat Sunat Tarawikh

Assalamualikum wbt..
FADHILAT DAN KELEBIHAN SHOLAT TARAWIH

Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. meriwayatkan sebuah hadist Rasulullah saw sebagai jawaban dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi saw tentang kelebihan sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan.

Malam ke-1:
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan.

Malam ke-2:
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan sholat Tarawih, serta dosa-dosa kedua orang tuanya.

Malam ke-3:
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan sholat tarawih itu agar meneruskan sholatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke-4:
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an.

Malam ke-5:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke-6:
Allah SWT akan mengkaruniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang yang mengerjakan sholat tarawih pada malam ini.

Malam ke-7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong Nabi itu untuk menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke-8:
Allah SWT mengkaruniakan pahala sebagaimana pahala yang dikaruniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke-9:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala dan dinaikan mutu ibadah hamba-Nya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam ke-10:
Allah SWT mengkaruniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam ke-11:
Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke-12:
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.

Malam ke-13:
Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam ke-14:
Para malaikat akan datang menyaksikan mereka bersholat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke-15:
Semua malaikat yang memikul 'Arasy, Kursi akan bershalawat dan mendoakan supaya Allah SWT mengampuni kita.

Malam ke-16:
Allah SWT menuliskan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke-17:
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke-18:
Malaikat akan menyeru "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah ridha kepada engkau dan ibu bapak engkau (baik yang masih hidup atau yang sudah wafat)".

Malam ke-19:
Allah akan meninggikan derajatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam ke-20:
Allah SWT mengkaruniakan kepadanya pahala semua orang yang mati syahid dan orang-orang sholeh.

Malam ke-21:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang dibuat dari Nur.

Malam ke-22:
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada duka cita dan kerisauan (di Padang Mahsyar).

Malam ke-23:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga yang terbuat dari Nur.

Malam ke-24:
Allah bukakan perluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada walam ini (lebih elok dikerjakan ketika sujud).

Malam ke-25:
Allah akan mengangkat siksa kubur darinya.

Malam ke-26:
Allah akan mengkaruniakan pahala 40 tahun ibadah.

Malam ke-27:
Allah akan mengkaruniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian Shiratalmustaqim seperti kilat yang menyambar.

Malam ke-28:
Allah akan menaikkan kedudukannya 1000 derajat di akhirat.

Malam ke-29:
Allah akan mengkaruniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke-30:
Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya: "Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikaruniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar

Wordless entry

Assalamualaikum wbt..

Cuti-cuti sekeluarga..

Location : Kuala Selangor
















special pose from us


Berniaga di sekolah

Hello All,  Wah!! Bangga sungguh si anak bila Mamanya tunjuk kumpul hasil jualan roti jala kat sekolah..lain kali boleh tolong jual la...