Friday, October 29, 2010

All about him

Assalamualaikum wbt..

This entry is all about my hero..here some pics of him..

Writing…

and writing....

Writing again…


And more writing…

A nerdy inside of me..ngeee


Friday, October 22, 2010

Semua Anak dilahirkan Genius

Assalamualaikum wbt..

Tahukah sahabat-sahabat bahawa anak-anak kita adalah sememangnya pandai. Bukan setakat pandai, malah mereka adalah genius. Tidak kiralah samada mereka cemerlang atau tidak di dalam peperiksaan, inilah hakikat yang harus kita terima:

"Semua anak dilahirkan GENIUS"

Maha besarnya kuasa Allah swt yang telah melahirkan semua anak dengan kebijaksanaan. Ya, SEMUA….Semua anak! Tidak kiralah, mak ayah nya genius atau pun tidak, setiap anak yang lahir ke muka bumi ini, Allah swt telah anugerahkan dengan genius yang tersendiri.

Ada anak, Allah swt telah berikan dia ke-genius-an dalam membaca dan menulis. Maka, anak-anak seperti ini, jika diberikan buku dan dinilai dengan kertas peperiksaan, insyaAllah berjaya. Oleh sebab, memang genius nya terdapat dalam bidang tersebut.

Ada pula anak yang Allah swt telah berikan dia ke-genius-an dalam nombor. Maka, anak-anak seperti ini, jika disuruh jawab beratus-ratus soalan matematik sekalipun, pejam mata pun dah boleh score

Ada pula anak yang Allah swt berikan dia ke-genius-an dalam bidang yang melibatkan aktiviti fizikal, seperti sukan, mekanik dan memasak. Untuk anak seperti ini, mereka tidak boleh belajar dengan hanya membaca. Mereka akan lebih cepat belajar dengan cara melakukan sesuatu (learn by doing atau disebut sebagai hands on learning). Jika disuruh membaca mungkin mereka tak mahu, tetapi, jika disuruh bersukan, dialah nombor satu!

Maka dengan itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa, untuk mengenalpasti, apakah jenis genius yang ada dalam diri anak-anak kita. Kerana setiap anak dilahirkan dengan genius yang berbeza, meskipun mereka lahir daripada ibubapa yang sama.

Selepas kita dapat mengenalpasti apakah jenis genius anak kita, maka bermulalah proses pemeliharaan genius tadi dengan "mengeluarkan", "membina"dan "menjana" ke-genius-an yang telah dijadikan oleh Allah swt dalam diri anak-anak kita.

Oleh sebab, setiap genius adalah berbeza, maka proses "pemeliharaan" setiap genius juga adalah berbeza.

Anak yang genius dalam membaca dan menulis boleh belajar ber-jam-jam dengan membaca sahaja. Tetapi, bagi anak-anak yang genius secara fizikal, jika disuruh duduk membaca buku sahaja (tanpa sebarang aktiviti atau pergerakan) dia akan cepat bosan. Kerana dia bukan genius dalam bidang membaca, tetapi dia genius apabila dapat melakukan pergerakan.

Sistem penilaian sekolah kita pada hari ini hanya menghargai mereka yang genius dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Seandainya, anak kita tidak termasuk dalam genius di bahagian ini, kita seharusnya memberikan sokongan yang padu kepada bidang geniusnya, dengan melibatkan dia dengan seberapa banyak aktiviti yang dapat membina dan menjana genius yang telah ada dalam dirinya.

Apabila anak-anak disokong untuk belajar dalam bidang yang disukainya, maka dia sendiri akan menemui genius yang ada dalam diri mereka, dan insyaAllah, mereka akan berjaya.

Adalah sangat penting untuk kita memastikan anak kita terus aktif dalam bidang yang disukainya , kerana jati diri @ self-esteem anak kita akan terus bertahan dan kuat selagi mana dia berusaha untuk memantapkan genius yang ada dalam dirinya.

Pokoknya, kita sebagai ibubapa seharusnya BERSYUKUR dengan apa sahaja bentuk genius yang Allah swt telah anugerahkan kepada anak-anak kita. Hargailah genius yang mereka ada dan gunakanlah genius tersebut untuk menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah

Source : http://anakkusoleh.com



Sunday, October 17, 2010

Milestone

Assalaualaikum wbt..

Another new milestone..he 's now can standing-up on his carseat..dunno how's he doing it??

Thursday, October 14, 2010

Birthday Bash part III

Assalamualaikum wbt..

Date : 4th October 2010

Time : lunch hour

Venue : Prod Dept meeting room

Our 3rd batch birthday celebration cum Hari Raya feast..a zillion thanks to the organizer and colleagues for their supports and delicious menus…

The cake..I forgot its name..from Secret Recipe

Close up..macam tak clear jek

The foodilicious from them…

hmm..pic of my signature dish takde lak..

My favorite…spaghetti Bolognese from Zety Hazar..bila leh makan lg nih..

And..other pics during that day

This post is specially dedicated to Kak Hamidah Mohamad..as you'll be leaving to perform Hajj..we wish you..

" Selamat pergi & selamat pulang..semoga mendapat Haji yang mabrur…dah jangan lupa doakan kami di sini "

p/s : wish kena dalam BM…baru

menusuk ke kalbu =)

us..


Thank you my dear friends...I really enjoyed all the precious moments with you guyz and you will always in my heart...

Saturday, October 9, 2010

Train your little one

Assalamualaikum wbt..

30 cara latih si kecil

Ingin tahu bagaimana melatih si kecil dengan cara yang mudah melalui 30 idea yang merangkumi kraf, muzik dan lukisan. Mudah untuk anda, mudah untuk si kecil! Pasti anda dan si kecil 'sibuk' sepanjang hari.

1.Kemas baju
Ambil pakaian yang hendak dibasuh dan sebutkan warnanya. Kemudian biarkan dia memasukkan pakaian itu ke dalam bakul pakaian untuk dibasuh. .

2. Mewarna
Beri si kecil air, kertas lukisan dan berus. Dan biarkan dia 'cat' mengikut kreativitinya.

3. Main pasir
Letak sedikit pasir dalam bekas dan masukkan mainan kecil yang disembunyikan di dalamnya. Berikan penyeduk pasir kecil untuk dia mulakan pencarian 'harta karun' itu.

4. Permainan adunan.
Ambil tepung dan air. Biarkan si kecil anda menggaul adunan itu dengan senduk kayu. Buatkan adunan itu menjadi bebola kecil. Pengalaman yang menakjubkannya!

5. Pilih dan cari
Guna gula-gula yang berwarna-warni dan letakkan dalam mangkuk. Si kecil akan mengasingkan gula-gula mengikut warna dalam bekas yang berlainan.

6. Laman web
Cari laman web yang mempunyai karakter yang menjadi kegemaran si kecil. Pastikan laman web itu berwarna-warni dan mempunyai melodi.

7. Bersihkan
Biarkan dia membasuh set pinggan plastiknya. Berikan span dan bekas yang dipenuhi buih sabun untuk dia membasuh. Dia akan merasa dirinya dihargai.

8. Anak patung kecil
Keluarkan anak patung mainan lamanya. Sudah lama dia tidak bermain dengan mainan itu dan sudah pasti diakan menyukai mainan lamanya itu.

9. Menari dan membaca
Dapatkan buku yang mempunyai CD. Setelah si kecil seronok melihat gambar yang berwarna-warni dalam buku, dia akan menari mengikut rentak muzik dalam CD itu.

10. Teka barang mainan
Bungkus beberapa barang mainan kesukaannya. Biarkan dia membukanya untuk meneka mainan itu. Jangan guna terlalu banyak pelekat. Biarkan dia membuka dengan mudah pembalut itu.

11. Album gambar
Guna buku nota dan beberapa gambar anda, suami dan keluarga. Bantu anak anda untuk menampal gambar itu dan sementara itu tanya, adakah dia mengenali orang dalam gambar itu.

12. Main buih
Tiup buih sabun. Anda boleh membuat buih sabun ketika si kecil mandi dengan sampu dan mandian badannya.

13. Ikut saya
Biarkan si kecil anda mengikut anda- melompat, menari, berjalan dengan pantas dan duduk. Kemudian anda pula mengikut pergerakannya.

14. Permainan muzik
Mainkan muzik, kemudian beritahu dia perlu duduk dengan cepat apabila muzik berhenti. Pasti si kecil suka!

15. Buat peti surat
Guna bekas bijirin lama dan cat warna merah untuk buat peti surat. Potong kertas untuk membuat sampul surat dan setem untuk dia poskan ke dalam peti surat buatan itu. Dia akan berasa bangga apabila diberi tanggungjawab

19. Rakam aksinya
Rakam aksinya. Kemudian tunjukkan kepadanya aksi-aksinya yang mencuit hati. Pasti dia akan gembira melihat rakaman aksi spontannya.

20. Ke taman permainan
Bawa bola dan anak patung bersama. Anda dan si kecil pasti seronok bermain bersama dengan udara pagi yang segar.

21. Kentang bercorak
Potong kentang beberapa keling dan bentuk beberapa saiz dan corak pada kentang. Biarkan si kecil menyapu pewarna air dan menampalkan di atas kertas lukisan. Lihat dia berjaya melakukannya!

22. Buat kolaj
Kanak-kanak suka menampal. Gunakan kertas warna-warni, kapas dan kain untuk ditampal.

23. Kuih tat
Si kecil pasti suka membuat gulungan pastri apabila membuat kuih tat.

24. Permainan pasta
Berikan dia pasta, contohnya spageti yang kering, mangkuk dan bekas minum plastik. Biarkan dia asyik bermain dengannya!

25. Minum petang
Sediakan kain dan buatkan makanan untuk si kecil minum petang. 'Jemput' sekali anak patung kesayangannya 'minum' bersama-sama.

26. Alam semula jadi
Biarkan dia keluar di sekitar rumah. Berikan bakul untuk dia kumpul daun dan bunga.

27. Lampu isyarat
Anda adalah polis dan si kecil adalah kereta. Apabila anda berkata, 'merah', dia akan berhenti. Dan apabila 'hijau', dia akan bergerak.

28. Cerita lucu
Ceritakan suatu kisah lucu. Dan anda ketawa. Pasti si kecil akan turut ketawa sama.

29. Khemah
Susun kerusi dan letakkan kain di atas kerusi itu seakan khemah. Biarkan dia berimaginasi seketika.

30. 'Kilang' ais krim
Letakkan satu skop ais krim warna krim dalam mangkuk. Kemudian biarkan dia pilih ais krim berwarna untuk diletakkan pada bahagian atasnya sebagai hiasan.


Hmm..will try to practice this with Fizan…then..let's see the outcome..

Source : Pa&Ma

Thursday, October 7, 2010

Birthday Bash III part 1

Assalamualaikum wbt..

I really love this pic..sayang cik Suzana kita takde..gambo lain blur..nanti akan upload lagi…

Terengganu Darul Iman

Assalamualaikum wbt..

A wordless entry of last 2 weeks activity..we were attending my hubby's friend wedding ceremony at Marang, Terengganu..enjoy watching!!

Kalo ikut LPT kan tak terasa macam naik roller-coaster

@ the bridegroom's house..they were preparing the hantaran..

The newly-wed couple

@ KT – Masjid Kristal, Losong,


Wednesday, October 6, 2010

Eid ‘ul Fitri

Assalamualaikum wbt..

I am soo sorry..it have been almost end of Syawal that only now I can posted some pics during Hari Raya.

This year, we were celebrating 1st Syawal @ my hometown..hehe..Shah Alam..then we rushed back to Kg Sawah, Negeri Sembilan on the evening.

Not much pics actually since I've left my make-up pouch at my home..huhu..

Soo..sepanjang raya kedua sampai raya kelima tanpa make-up..takde la amik gambar..nanti terserlah kecomotannya..haha

Green theme..my choice..

Granddaddy and Grandmommy

Them..

All of us


Berniaga di sekolah

Hello All,  Wah!! Bangga sungguh si anak bila Mamanya tunjuk kumpul hasil jualan roti jala kat sekolah..lain kali boleh tolong jual la...